Khamis, 26 Ogos 2010

Kesan Pergaulan Seks Bebas


 Akibat seks bebas bayi yang tidak berdosa ini dibuang ke tempat yang tidak sepatutnya.







Gejala pelacuran akan berleluasa dan kemungkinan akan menjadi salah satu sumber pendapatan tetap kepada si Pelacur. 








Penceraian suami dan isteri semakin meningkat, ia berlaku kerana kecurangan salah satu pihak sama ada suami ataupun isteri. 






Masalah pergaulan seks bebas memberi impak seperti penceraian suami dan isteri semakin meningkat kerana kecurangan salah satu pihak sama ada suami ataupun isteri. Selain itu, gejala pelacuran akan berleluasa dan kemungkinan akan menjadi salah satu sumber pendapatan ataupun pekerjaan tetap kepada si pelacur. Sejajar dengan itu, peningkatan terhadap kes pembuangan bayi juga akan berlaku kerana hubungan kelamin di antara pelacur dan juga pelanggannya akan menghasilkan anak yang mana anak tersebut akhirnya dibuang ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Hal ini demikian kerana, masalah pergaulan bebas memberi impak secara holistik kepada negara seperti kerosakan akhlak anak muda pada masa kini yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Adakah kita ingin dipimpin oleh mereka yang kurang bermoral? ,”Tepuk dada, tanya selera”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan