Sabtu, 28 Ogos 2010

Sejarah pergaulan seks bebas


Nabilah Najat bt. Musa (203696)

Dunia ini,kita sering dimomokkan dengan masalah pembuangan bayi yang berterusan dari semasa ke semasa. Tanpa kita sedari, kita kurang meneliti asal usul permasalahan tersebut. Bahkan isu ini merupakan satu masalah yang amat serius sejak dulu lagi.

Permasalahan ini telah lama wujud sejak Zaman Jahiliyah lagi, iaitu pertukaran isteri antara satu sama lain merupakan satu kebiasaan pada waktu itu sehinggalah terjadinya bencana alam yang amat dahsyat kepada umat Nabi Luth yang menjalani kehidupan homoseksual yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada kaum yang ingkar akan perintahNya.
Sejarah juga mencatatkan permasalahan seks bebas ini yang telah lama melanda masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu yang masih di bawah pemerintahan British. Ekoran kemasukan pelabur asing yang telah menarik kemasukan pelacur untuk menarik minat mereka untuk melabur di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, penularan  seks  bebas menjadi satu barah dalam masyarakat kita tanpa mengira kaum atau bangsa.
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina,sutera bagi lelaki,minuman arak dan lagu-lagu yang melalikan.”.
“Janganlah kamu mendekati kepada zina,sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Dan satu jalan yang buruk” (Al-Israk:32)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan