Sabtu, 21 Ogos 2010

Undang-Undang Kanun Keseksaan

Ore Yee Sin (203820)

Seksyen 354

Definisi : Perlakuan memasukkan alat kemaluan lelaki tidak berlaku, seksyen 354 terpakai untuk pendakwaan terhadap pesalah yang menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Hukuman : Penjara tidak melebihi 10 tahun atau didenda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan.

Seksyen 375

Definisi : Perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan wanita tanpa keizinannya. Rogol berkanun berlaku dalam kes seorang lelaki memasukkan zakar ke dalam kemaluan seorang budak perempuan di bawah 16 tahun dengan atau tanpa kerelaannya.

Hukuman :Hukuman penjara 5-20 tahun serta juga boleh dikenakan sebatan rotan.
Seksyen 376

Definisi : Persetubuhan di mana dua pihak ditegah dari segi undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin.

Hukuman :penjara tidak kurang dari 6 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan diwajibkan rotan.
Seksyen 377

Definisi : Perlakuan zakar dimasukkan ke dalam dubur atau mulut seseorang yang lain, pesalah itu dikatakan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Hukuman : pejara tidak melebihi 20 tahun atau penjara sebatan.

Seksyen 377A dan Seksyen 377C

Definisi : membezakan persetubuhan dengan kerelaan dan tanpa kerelaan.

Hukuman : Seksyen 377c adalah seberat hukuman rogol.

Seksyen 509

Definisi :Perkataan, isyarat, bunyi atau apa-apa benda yang ditunjukkan untuk mengaib kehormatan dan mengganggu kesantunan seseorang .

Hukuman : penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan