Khamis, 26 Ogos 2010

FAKTOR-FAKTOR SEKS BEBAS DAN CARA MENGATASI

Ab.Rahman Aswendi 206965
Muhammad Aminuddin Bunyamin 198071

PENGARUH BUDAYA BARAT.

Antara punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan didikan agama. Situasi ini menyebabkan para remaja masa kini tanpa rasa takut terjebak dalam gejala seks bebas. Golongan remaja ini melakukan hubungan seks bebas dengan sesiapa sahaja tanpa memikirkan kesannya terhadap diri, keluarga, masyarakat mahupun negara.

INSTITUSI KELUARGA.
Institusi keluarga juga turut mempengaruhi berlakunya gejala seks bebas dalam kalangan remaja kini. Keluarga terutamanya ibu bapa seharusnya berperanan dalam memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Namun demikian, pada hari ini kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja harian sehinggakan tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Yang paling penting, ibu bapa tahu akan peranan mereka dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak- anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Mereka seharusnya memainkan peranan penting dalam memberi didikan agama dan sosial dari kecil lagi kerana ibu bapalah yang bertanggungjawab membentuk sahsiah atau keperibadian anak-anak mereka. 

PENGARUH MEDIA MASSA
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial seperti seks bebas dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semua yang dipaparkan dalam media massa itu memberikan pengajaran yang baik. Namun demikian, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan media ini juga mudah diperolehi.

Jika kita bersedia mengambil kira faktor-faktor yang telah dihuraikan di atas, antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah termasuk :

1. Menghapuskan lambakan imej dan mesej yang merangsang nafsu seks dalam masyarakat.

2. Menghentikan eksploitasi wanita dan tema seks dalam amalan pengiklanan dan hiburan.

3. Mengurangkan paparan imej keganasan ditengah masyarakat.

4. Mengenakan hukuman yang lebih berat dan proses penghakiman yang lebih cepat.

5. Mengawasi dan membataskan individu yang berisiko tinggi melakukan jenayah tersebut.

6. Meningkatkan dan menyebarluaskan pendidikan dan latihan khas tentang keselamatan peribadi.

7. Menggerakkan usaha kerjasama tetangga dalam mencegah jenayah dan meniadakan lokasi-lokasi berisiko tinggi seperti sarang-sarang penagih. Menggalakkan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga yang sihat dengan membentuk budaya dan menyediakan prasarana sosial yang sesuai.

8. Mewujudkan suasana kehidupan persekolahan yang selamat termasuk waktu persekolahan, kawasan sekolah dan pengangkutan. Menyubur dan mempopularkan mesej dan imej keTuhanan, kemanusiaan, moral dan nilai-nilai positif yang lain.

Kesediaan mengakui kesemua faktor-faktor yang terlibat serta kesediaan mengambil tindakan sewajarnya adalah jaminan terbaik membebaskan masyarakat kita daripada wabak jenayah seks ganas. Kurang didikan agama antara penyebab permasalah seks bebas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan