Ahad, 22 Ogos 2010

Peranan NGO terhadap masalah ini


 Sila hayati gambar di atas sebelum anda baca. 

.

.


::: Logo bagi ILGA Asia. :::


 ::: Logo bagi ILGA Eropah. Mereka menekankan persamaan sesama manusia. :::


Logo-logo di atas merupakan logo bagi International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association (ILGA).

ILGA merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan bertapak di Brussels, Belgium yang menitikberatkan dan memperjuangkan kepentingan bagi golongan homoseksual, heteroseksual dan transgender.


ILGA merupakan suatu organisasi yang terbesar dan mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. Contohnya, ILGA mempunyai cawangan di Asia dan di Eropah.


ILGA memperjuangkan kepentingan bagi golongan-golongan tertentu dengan pelbagai cara. Antaranya, mereka melakukan prosesi dan persidangan antarabangsa.

 ::: Logo bagi persidangan ILGA Asia ke-4 yang bersidang di Indonesia. :::







::: Detik-detik semasa proses tersebut dilangsungkan. :::

Mereka yang menyertai dalam prosesi-prosesi yang dilangsungkan tidak keberatan dan keseganan untuk mengakui bahawa dirinya adalah homoseksual atau heteroseksual. Apa-apa yang diinginkan oleh mereka hanyalah memperjuangkan kepentingan bagi dirinya dan golongan yang sama. Mereka telah puas menghadapi pelbagai diskriminasi dan ketawa dari orang lain.

Bagi ahli ILGA mereka menjadikan pelangi yang mempunyai enam warna sebagai tanda mereka. Tanda ini seolah-olahnya merupakan suatu isyarat rahsia yang tidak boleh dibocorkan.


::: Bendera pelangi enam warna ditunjukkan semasa proses dilangsungkan. :::


Selain dari ILGA, sesetengah kerajaan negara barat turut melindungi kepentingan golongan-golongan yang dilindungi oleh ILGA dengan suatu cara yang agak memikirkan masalah yang dialami oleh mereka.

Kerajaan tersebut akan menyediakan tandas yang agak unik khas untuk mereka yang keberatan untuk masuk ke tandas perempuan mahupun tandas lelaki. Tandas-tandas ini dinamakan sebagai tandas unisex dan dapat dilihat di kebanyakan negara barat.


::: Gambar di atas merupakan papan isyarat bagi tandas unisex :::

Beranikah anda masuk ke tandas ini jika anda nampak papan isyaratnya sebegini?

Walau bagaimanapun, kita harus melayan golongan-golongan ini seperti mana kita melayan orang yang lain. Mereka memiliki hak untuk mempunyai kehidupan yang normal dan bukan dianngap sebagai makhluk asing atau syaitan.

Kami bukanlah hanya "Satu Malaysia" sahaja tetapi "Satu dunia"!



Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang ILGA, anda boleh menekan link di bawah ini.

Laman web ILGA

Laman web ILGA tentang persidangan ILGA Asia ke-4


Laman web Wikipedia tentang tandas unisex

Tiada ulasan:

Catat Ulasan