Sabtu, 21 Ogos 2010

Hukum-Hukum Jenayah Dalam Islam

Ore Yee Sin  (203820)

Hukum hudud merupakan hukuman yang diamalkan di Negara-negara Islam bagi menghukum pesalah.
Pengertian Hudud:
Keseksaan atau hukuman yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda atau ditambah.

Jenis-jenis Jenayah Hudud dan Hukumannya
(a) Zina
Persetubuhan haram tanpa ada sebarang hukuman nikah diantara lelaki dan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya adalah sebat 100 kali,manakala bagi penzina yang sudah berkahwin,hukumannya direjam sampai mati dengan batu.

(b) Qazaf (menuduh zina)
Melemparkan tuduhan zina terhadap orang baik.
Hukuman : Sebat 80 kali

(c) Sumbang Mahram
Menurut Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah,sumbang mahram ialah persetubuhan antara lelaki dengan perempuan yang mengikut hukum syarak dilarang mengahwini antara satu sama lain.Contohnya abang dan adik kandung.
Hukuman : Sama dengan hukuman terhadap mereka yang berzina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan