Khamis, 26 Ogos 2010

Cabaran / Halangan Menanggani Masalah Seks Bebas

Wong Pik Sieng ( 203852)

• Pengaruh Semasa / Budaya Keterbukaan Barat

 Remaja sekarang terpengaruh dengan pemikiran yang menganggap seks bebas seperti melacur sebagai sesuatu yang agak biasa disebabkan pemikiran mereka yang tercemar akibat proses keterbukaan serta pengaruh budaya barat menerusi media yang canggih. Masalah seks bebas dalam proses globalisasi melahirkan masyarakat yang permikirannya kurang sihat jika tidak ditanggani dengan segera kerana remaja akan menggangap seks babas sebagai paranoma yang biasa pada masa akan datang.

• Kerajaan tidak memainkan peranan

Kerajaan tidak memainkan peranan turut mendorong penyemarakkan budaya seks bebas. Sebagai contoh, budaya seks bebas akan menular jika Lembaga Penapisan Filem tidak memainkan peranan menapis segala filem dari luar negara. Hal ini demikian kerana budaya barat adalah tidak sesuai dengan pengamal budaya negara Malaysia. Usaha penapisan bagi internet juga diperlukan agar tidak ada sesiapa yang membuat urusan seks menggunakan internet. Selain itu, adalah perlu bagi pihak berkuasa untuk memantau segala aktiviti parti sosial dan kelab malam . Polis harus sentiasa menyerbu kelab malam agar memastikan tiada aktiviti melacur dan penglibatan remaja bawah umur dalam kelab malam.


• Keluarga

Ibu bapa yang sibuk mencari rezeki dan tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti kehidupan sekeluarga dan anak-anak telah mengabaikan pembentukan sahsiah diri anak mereka. Anak-anak yang ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan akan melakukan jenayah dan kegiatan tidak sihat di rumah seperti menonton video lucah dan sebagainya. Masalah yang berlaku dalam rumah juga memberi kesan kepada jiwa anak-anak seperti ibu bapa yang bercakaran di hadapan mereka. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang membentuk kerapuhan diri dan jiwa anak-anak akan mudah terdedah dengan tarikan sosial negatif di luar.



• Rakan-rakan

Faktor ini telah diketahui ramai sebagai punca utama remaja hari ini terjebak dalam masalah sosial yang negatif. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet yang menjadikan remaja lebih gemar melepak dan mengikut rentak dan gaya hidup mereka. Jika rakan-rakan itu buruk perangainya dan aktif dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial seperti seks bebas atau 'pengkid', 'lesbian' and 'gigolo', lalu mereka akan mengikutnya kerana remaja hari ini lemah jati diri dan tiada tujuan hidup.




Masyarakat yang Sakit

Hakikat yang dapat kita katakan bahawa suasana hari ini, sememangnya mendorong kepada perbuatan zina. Lihat sahaja di sekeliling kita, remaja bebas berpeleseran dengan pasangan masing-masing di taman dan pasar raya, poster atau gambar wanita bukan sekadar mendedahkan aurat, malah dalam keadaan menggiurkan tujuan mengiklankan barang-barang yang tiada kena mengena dengan wanita. Filem lucah sangat mudah didapati apatah lagi hari ini filem lucah semakin mudah dimuat turun dari internet dan kemudian disebarkan melalui telefon bimbit dan sebagainya. Inilah suasana yang mewarnai 'trend' pemikiran masyarakat terutamanya remaja kita.

• Pendidikan

Pendidikan terutamanya ajaran agama dan pendidikan moral memainkan peranan yang penting kepada pelajar. Pengajar yang bersifat sewenang-wenangnya dan tidak bertanggangjawab dalam mendidik anak bangsa akan menyebabkan penyampaian nilai moral secara tidak berkesan. Nilai seperti harga diri dan bertanggungjawab adalah perlu diserapkan dalam jiwa remaja sejak zaman bangku sekolah lagi agar remaja yang berpegang kuat kepada ajaran moral dan sikap berperibadi mulia dapat dilahirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan