Jumaat, 27 Ogos 2010

MASALAH-MASALAH PENGAULAN SEKS BEBAS

ANG SY KAI(203815)

  • KES PEMBUANGAN BAYI
Menurut statistik Ketua Polis Malaysia, lebih 40% daripada kes pembuangan bayi di merata-rata tempat terutamanya tandas awam adalah terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 22 tahun. Kes tersebut disebabkan mereka tidak mempunyai fikiran matang dan ingin mencari kehiburan. Tambahan pula, mereka tidak memikir tentang akibat yang akan dihadapi. Apabila mereka mengetahui diri sendiri telah mengandung, tetapi tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan tidak mengetahui siapa yang ingin dituduh lagi, barulah mereka menyembunyi "hasrat" dan memilih "jalan singkat" iaitu pembuangan anak kandungnya.


  • KES HIV
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), jumlah kes HIV yang dilaporkan semakin bertambah dari setahun ke setahun, manakala, mereka yang dijangkiti HIV kebanyakan adalah terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Kes ini merangkumi 18% daripada 6110 responden remaja mempunyai pengalaman seks bebas pada tahun 2009. Ketimbulan kes negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segara akan menjadi lebih buruk dan seterusnya menjadi semakin serius.

  •  KES PELACURAN
Mengikut surat khabar JURNAL, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pulau Penang dikatakan mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam" di sebuah pusat hiburan. Kajian turut mendapati kes pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus ke dalam pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah golongan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing mempunyai masalah psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka.


  • KES KETIDAKHARMONIAN KEKELUARGAAN
Pengaulan seks bebas bukan sahaja menimbulkan gejala sosial, tetapi keharmonian sesebuah keluarga juga akan terjejas. Kebiasaannya seseorang ibu bapa akan sentiasa memberi tumpuan dalam perkembangan anak-anak, maka pengaulan seks bebas turut akan "diharam". Kalang-kala, golongan remaja yang ingin mengejar "impian" sendiri turut kehilangan minda untuk melakukan pengaruhan antara ibu bapa. Perbuatan sedemikian adalah untuk mendapatkan hak asasi diri sendiri maka keharmonian keluarga juga akan terjejas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan